Komunikasi yang kita gunakan untuk bertukar informasi kewangan sangat bervariasi dari satu negara ke negara yang lain, dan perkara ini menimbulkan cabaran dalam ekonomi global yang semakin berhubung antara satu sama lain yang bersandarkan teknologi untuk pengiriman dan penerimaan data.
Namun, mulai November 2022, sebuah standard ISO baru akan mengatasi masalah ini dengan menggunakan sistem dan model yang sama untuk transaksi pembayaran di seluruh dunia iaitu ISO 20022.
Protokol ISO 20022 adalah standard ISO untuk pertukaran data elektronik antara institusi kewangan berasaskan DLT (Distributive Ledger Technology ) di industri berkaitan payment gateway.
Melalui sokongan SWIFT dan Federal Reserve, bank-bank di seluruh dunia telah bekerjasama dalam kerangka kerja berkaitan regulasi secara global ini menjelang pelancarannya dijangka pada akhir tahun ini.
Dan setiap pihak ketiga yang bekerjasama dengan pihak bank perlu menggunakan format ISO 20022 ini dalam keadaan industri kewangan yang sedang bergerak menuju sistem Quantum Financial yang baharu ini.
Dengan komuniti dalam industri kewangan dan Fintech yang mempunyai kefahaman yang sama di seluruh dunia, tidak diragukan lagi bahwa ISO 20022 akan menjadi catalyst yang besar bagi para pelabur kewangan seluruh dunia.
Namun, apakah impak kepada Industri Kripto dalam trend semasa ini?
Seperti yang kita ketahui, salah satu daya penarik terbesar bagi mata wang kripto adalah sifatnya yang decentralized, sehingga membolehkan kripto untuk beroperasi di luar kawalan bank dan kerajaan.
Ini bermaksud mata wang kripto sebenarnya tidak perlu mematuhi ISO 20022.
Namun, hal ini juga tidak menukarkan fakta bahwa ISO 20022 juga dapat memberikan keuntungan besar kepada pemain industri kripto yang dapat mengadaptasikan dengan kerangka perlaksanaan dalam sistem ISO 20022.
Pada ketika artikel ini dihasilkan, mata wang kripto yang sesuai dengan kerangka kerja ISO 20022 meliputi: Ripple (XRP), IOTA (MIOTA), XDC Network (XDC), Quant (QNT), Stellar (XLM), Hedera (HBAR), dan Algorand (ALGO).
Effendy Zulkifly,
Pengkaji Fintech Blockchain,
Presiden, Crypto Valley Malaysia Association.
www.cryptovalley.my
#kripto #ISO20022 #blockchain #fintech